Bermula detik perjalanan
السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته dan salam sejahtera Otaijiwakental dan sahabat pencinta BenzBaik Di sini izinkan aku titipkan sikit perjalanan BB. Untuk menguji kelancaran dan menikmati padunya BB, perjalanan pertama ialah menyelusuri jalan Bachok ke Gua Musang. Ini perjalanan pertama BB. Jiwa bergetar, degup jantung tak pernah tenteram...berbagai prasangka dan perasaan yang tidak enak menerjah menghantui kepala....namun perjalanan tetap diteruskan. Alhmadulillah jentera W123 230E BB akhirnya menjejakikan rodanya di Gua Musang. Gambar di belakang hotel M Quality Gua Musang menjadi bukti jejak pertama perjalanan BB. Semalaman BB berada di G. Musang. Kami bersarapan di bandar lama Gua Musang. Terima kasih Sahabat Benz, En. Mahadi kerana sudi meluangkan masa menemani BB di Gua Musang. #otaisantai #otaijiwakental #benzbaik