Cakna kebersihan

  السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

dan salam sejahtera

Otaijiwakental dan sahabat pencinta BenzBaik


Hari ni group Kelantan Benzers buat kerja amal sikit iaitu gotong royng bersih pantai Genting, Tumpat Kelantan ... BB join la sekali...nk memeriahkan suasana.....

Aktiviti ini dinamakan sebagai "CAKNA KEBERSIHAN DAN CERIA PUSAT PELANCONGAN KELANTAN"  sebagaimana banner yang dipaparkan




Program ini dilaksanakan seawal jam 7:30 pagi , yang dimulai dengan pendaftaran ahli Kelantan Benzers, warga MDT dan sukarelawan...



Sambutan amat menggalakkan.....sesudah pendaftaran majlis gotong royong dimulai dengan ucapan daripada pegawai MDT, pengerusi Kelantan Benzers...Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ust Dato' Zahudi




Selesai ucapan dan taklimat kerja ...peserta dijemput menikmati sarapan pagi yang disediakan



Aktiviti gotong dimulakan.... 
Peralatan gotong royong seperti pencakar sampah disediakan oleh Kelab Kelantan Benzers manakala peralatan lain sepertim kereta sorong, beg plastik sampah dan lain-lain disediakan oleh MDT dan agensi lain.



 Peserta begitu bersemangat melakukan aktiviti ....segala bentuk sampah dikutip dimasukkan ke dalam plastik sampah....
 BB begitu teruja dan seronok melihat komitmen yang diberikan oleh peserta....








Kawasan yang dipenuhi kotoran sampah dibersihkan....
Pantai Genting kembali bersih

"JUPO SAMPAH KUTIP. JANGAN TOHOK KOKSIR"






Selesai sudah aktiviti pagi ni...jam 12:00 tghari makan tengahari disediakan secara bungkus.. peserta menikmati makan tengahari dalam keadaan yang santai





Jumpa lagi pada aktiviti yang lainnn


#yanglamatetapmengancam



Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Kereta Kelantan